1200-tasik-kenyir kenyir Tempat Menarik Di Terengganu

15 Tempat Menarik Di Terengganu Untuk Riang Bersama Keluarga

TERENGGANU DARUL IMAN sangat-sangat terkenal dengan gugusan kepulauannya yang sangat banyak dan cantik. Ini terbukti apabila bumi Terengganu telah berjaya menjadi salah satu kawasan yang boleh menarik penyu untuk naik bertelur. Disebabkan itu Terengganu kini menjadi sebagai salah satu tempat yang sedang bertungkuslumus untuk membantu memelihara populasi haiwan ini supaya tidak pupus begitu saja.

Penyu Tempat Menarik di Terengganu

Terengganu juga antara salah satu destinasi yang amat popular bukan hanya dikalangan warganegara Malaysia ini sendiri malahan dari kalangan pelancong luar dari negara-negara lain yang amat berminat untuk merasai sendiri keindahan pasir putih Terengganu.

pantai Trengganu Tempat Menarik di Terengganu

Dek kerana itu kerajaan negeri Terengganu sentiasa cuba mengekalkan keindahan pulau semulajadi mereka dari hari ke hari malah turut menambah tarikan lain yang boleh di jadikan sebagai salah satu destinasi untuk riang ria bersama keluarga. Antara tempat menarik terbabit adalah :

Pulau Redang Tempat Menarik di Terengganu

1. Pulau Redang

Antara pulau yang amat popular di Terengganu adalah Pulau Redang, Pulau Perhentian dan juga Pulau Kapas. Di antara ketiga-tiga ini, Pulau Redang menduduki carta teratas. Keadaan pantainya yang bersih, air lautnya yang membiru berserta dengan keindahan dasar lautnya yang sentiasa dilindungi dari masa ke semasa membuatkan semakin ramai pelancong baik dari dalam mahupun luar negara berkunjung ke Pulau Redang saban tahun. Namun di sebabkan ianya terletak di pantai timur Malaysia yang mempunyai musim monsun atau musium tengkujuh maka Pulau Redang hanya di buka bermula dari bulan Mei sehingga bulan Ogos.

pantai ketapang tempat menarik di terengganu

2. Pantai Teluk Ketapang

Pantai yang cantik dan luas ini digelar dengan nama Teluk Ketapang kerana ianya dikelilingi oleh pokok kelapa dan juga pokok ketapang.  Di kawasan pantai ini juga turut terdapat pelbagai gerai-gerai yang diusahakan oleh penduduk setempat untuk anda ingin menjamu selera sambil menikmati udara segar dan pemandangan indah laut pantai. Antara menu yang paling terkenal di sini adalah ikan celup tepung. Pendekata, pantai ini mampu menjadi lokasi terbaik untuk anda nikmati bersama keluarga dengan suasana riang dengan pelbagai aktiviti seperti berkelah dan lain-lain lagi.

Taman tamadun Islam Tempat menarik di Terngganu

3. Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam ini di bina khas untuk memberi pendidikan kepada para pelawatnya. Sesuai dengan negeri Terengganu yang amat menjaga nama agama Islam maka taman mini ini menampilkan sebanyak dua puluh satu replika bangunan mengikut rupa asal bangunan terbabit. Antara bangunan tersebut adalah Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Kubah As Sakhrah, Kota Lama Islam Aleppo, Istana Alhambra dan banyak lagi. Ia boleh mewujudkan suasana riang bersantai sambil menimba ilmu baru dalam suasana yang cantik dan tenang.

Masjid Kristal Tempat menarik di Terngganu

Selain daripada itu, pengunjung juga boleh menyusuri sungai di Pulau Wan Man dengan menaiki bot. Dengan aktiviti ini, anda dapat menikmati pemandangan indah sekitar persisiran Terengganu termasuklah wajah Masjid Kristal dan Taj Mahal dari atas permukaan air. Masa yang diambil dalam untuk aktiviti ini adalah sekitar 45 minit. Antara destinasi yang dilalui oleh bot ini adalah Muzium Negeri, Pulau Sekati, Pulau Haji Siah, Pulau Api, Seberang Takir, Pulau Duyung, Pulau Warisan dan banyak lagi.

pantai pandak Tempat menarik di Terengganu

4. Pantai Pandak , Chendering

Pantai Pandak terletak dalam kawasan perkampungan di jalan utama antara Marang dan Kuala Terengganu. Pantai ini turut juga dikenali sebagai Pantai Chendering di kalangan penduduk setempat. Pantai ini amat terkenal di kalangan jurufoto kerana keadaan pemandangannya yang amat cantik dan cukup bagus untuk di’tangkap’ oleh lensa kamera.

Selain daripada itu permukaannya yang agak landai berpasir dan tidak dalam membuatkan anak-anak berasa amat seronok kerana dapat bermain air, melompat dan berlari-lari di gigi air dengan sangat seronok.

5. Kontena Uptown , Pantai Tok Jembal

Kontena Uptown antara tarikan yang agak unik di Terengganu. Kontena uptown ini turut dikenali sebagai Dapo Pata Uptown. Di sini, terdapat amat banyak kafe yang diperbuat daripada kontena. Rekaan dalaman untuk setiap kontena terbabit juga amat kreatif dan berkonsepkan hipster.

Rekaan gerai-gerai di sini memang sangat cantik dan dek kerana itu tidak hairanlah kenapa lokasi ini menjadi tumpuan utama penduduk setempat termasuk juga pelancong luar yang ingin merasai menu makanan Terengganu di dalam situasi yang amat happening. Makan-makan di terangi cahaya neon sambil di buai angin laut, syok sangat.

 

Alamat: Uptown Kontena, Tok Jembal 21000 Kuala Terengganu

Waktu Operasi: Setiap hari (5.00pm – 2.00am)

6. Pantai Batu Buruk

Bayangkan betapa seronoknya jika dapat naik buai di depan lautan yang terbentang dengan bunyi deruan ombak dan udara yang nyaman. Tiang buaian diperbuat daripada batang nibong yang diperoleh daripada penduduk kampung manakala bahagian bangku buaian itu pula adalah hasil daripada kayu cengal terbuang.

Terletak di Bandar Kuala Terengganu. Pantai ini sangat terkenal dengan kemeriahannya. Di sekitar pantai ini juga terdapat banyak tempat makan bukan sahaja restoran-restoran makanan segera, malahan masakan enak hasil laut Terengganu juga banyak. Kalau anda teringin nak makan ikan celup tepung, keropok, sate ikan dan bermacam lagi, datanglah ke Pantai Batu Buruk. Yang syoknya lagi, anda boleh menaiki kereta kuda yang dihias cantik mengalahkan kereta kuda cerita Cinderella. Tak percaya? Pergi dulu, baru tahu.

 

7. Muzium Negeri Terengganu

Jika anda baru pertama kali menjejakkan kaki ke Terengganu maka anda harus mengunjungi Muzium Negeri Terengganu. Anda mungkin akan beranggapan bahawa muzium ini agak bosan kerana harus membaca pelbagai maklumat namun ternyata andaian anda itu silap.

 

Apatah lagi, Muzium Negeri Terengganu ini adalah merupakan antara muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Muzium ini memang besar dan mempunyai lima bahagian yang berbeza iaitu Muzium Utama, Muzium Perikanan, Muzium Maritim, Taman Botani Herba dan pameran rumah tradisional berkaitan masyarakat setempat Terengganu.

Di sini anda dan keluarga bukan hanya akan gembira dengan ilmu yang banyak malah anda berasa seronok kerana dapat merasai pelbagai situasi mengikut zon pameran yang diperlihatkan.

8. Taman Awam Lagun Kuala Ibai

Taman awam ini terletak di teluk Sungai Ibai yang memiliki banyak aliran sungai yang menjadi tarikan utama yang menyeronokkan bagi kaki-kaki pancing. Ia juga merupakan lokasi yang amat strategik dan selemat untuk bermandi-manda sesisi keluarga. Anda boleh melihat anak-anak mandi dan bermain dengan riang di sini. Jika tidak punya masa untuk menyediakan makanan dari rumah untuk di bawwa ke situ, anda boleh membeli pelbagai makanan yang sedap seperti keropok, sate ikan, goreng pisang dan lain-lain lagi dari gerai-gerai kecil yang banyak terdapat di situ.

Di sini jugalah terletaknya masjid terapung yang amat terkenal kerana Taman Awam Lagun Kuala Ibai ini terletak betul-betul di hadapan masjid tersebut.

9. AIR TERJUN SEKAYU

Walaupun terletak di dalam kawasan hutan simpan namun lokasi air terjun yang setinggi tujuh tingkat ini boleh diakses terus oleh para pengunjung dengan kenderaan masing-masing. Selain daripada air terjunnya yang memukau, di situ juga turut terdapat sebuah jambatan gantung yang membolehkan si pengunjung menikmati bunyi deruan air dan pemandangan indah di sekitar kawasan tersebut.

Antara kemudahan asas yang turut di sediakan di sini adalah bilik persalinan, kawasan berkelah, tapak perkhemahan, chalet dan juga tempat parking. Selain dari itu juga terdapat kolam renang, zoo mini dan restoran.

 

Alamat: Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu

10. MINI ZOO KEMAMAN

Selalunya jika ke zoo maka hanya untuk melihat haiwan semata tapi tidak di Mini Zoo Kemaman. Ini kerana di zoo ini bukan hanya memperlihatkan haiwan semata-mata tetapi juga berserta dengan sebuah taman rekreasi. Kerana itu ia lebih di kenali sebagai Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman. Lokasinya adalah daerah Bukit Takal dan jaraknya pula adalah lebih kurang 14 km dari bandar Chukai. Ia juga merupakan zoo pertama di Terengganu yang dibuka pada orang awam pada tahun 2009 yang lalu dengan keluasan seluas 54 hektar.

Tempat ini amat-amat sesuai untuk menikmati suasana riang bersama keluarga kerana ia bukan hanya ada haiwan yang pelbagai dan taman permainan yang menyeronokkan malah ia turut mempunyai air terjun buatan berserta gelongsor air dan juga jambatang gantung tang sejauh 1.2km.  Secara kesimpulannya Mini Zoo Kemaman ini cukup padat dengan pelbagai aktiviti yang boleh dinikmati bersama ahli keluarga dengan seronoknya sepanjang hari.

11. I-City Kuala Terengganu, Pulau Warisan

Jika Selangor boleh berbangga dengan I-City di Shah Alam maka Terengganu pula boleh berbangga dengan I-City Kuala Terengganu yang terletak di Pulau Warisan.  Ia boleh di lawati pada bila-bila masa namun sudah semestinya panorama pada waktu malam adalah yang paling terbaik sekali. Dengan warna lampu yang pelbagai di tambah lagi dengan pemandangan sekitar bandar Kuala Terengganu yang berhampiran dengan air sememangnya amat menarik sekali.

Selain dari itu turut juga terdapat tempat makan seperti kafe dan gerai-gerai kecil untuk para pengunjung menjamu selera sambil menghabiskan masa dengan tenang sambil melihat bot yang lalu lalang di muara. Tempat parking yang luas turut memudahkan para pengunjung.

12. Pasar Besar Kedai Payang

Jika Perlis terkenal dengan Padang Besar dan Kelantan terkenal dengan Pasar Siti Khadijah maka di Terengganu ini pula terkenal dengan Pasar Besar Kedai Payang. Di sini anda sekeluarga dapat membeli belah dengan riang kerana terdapat pelbagai barangan yang di jual dengan harga yang amat murah! Pasar Besar Kedi Payang ini boleh diibaratkan seperti syurga membeli-belah terutama untuk golongan hawa namun anak dan suami turut boleh menghabiskan masa dengan riang sambil menikmati pelbagai menu makanan yang ada dijual di situ.

 

Selain dari itu, anda boleh menikmati kawasan sekitar dengan menaiki beca. Bagi yang belum pernah merasa bagaimana pengalaman menaiki beca, bolehlah menaiki mana-mana beca yang banyak terdapat di situ.

 

Anda juga boleh minta terus di bawa menyelusuri deretan kedai-kedai lama yang masih terjaga elok di situ. Deretan kedai ini dikenali sebagai Kampung Cina. Terdapat juga lorong-lorong yang telah dilukiskan dengan graffiti dan seni moden dalam rupa yang sangat cantik. Di sini juga akan diadakan Pesta Peranakan Terengganu di mana pelbagai aktiviti diadakan seperti persembahan kebudayaan, pameran gambar, seni jalanan, demo masakan, dan pasar malam pada setiap tahun.

13. Pusat Sentuari Penyu Ma’Daerah

Sebut Terengganu saja terus bermain rupa Penyu di fikiran maka sudah semestinya melawat penyu ini adalah salah satu aktiviti yang perlu di lakukan ketika berada di sana. Bayangkan betapa gembiranya anak-anak tersayang dapat melihat rupa penyu yang kecil dan comel. Dalam masa yang sama anda boleh memberi penekanan dan ilmu pada anak-anak bahawa betapa perlunya usaha untuk menjaga haiwan ini daripada pupus.

Di sini, pihak sentuari akan mengumpul telur-telur penyu yang di jumpai sepanjang pantai dan akan ditetaskan. Seterusnya ia akan dipulangkan semula ke laut bebas dengan keadaan yang lebih selamat seperti jauh daripada ancaman pemangsa dan penyeludup.

Santuari ini menjadi model pusat santuari di Malaysia dan dibina oleh Jabatan Perikanan Malaysia, BP dan WWF-Malaysia. Pusat ini dibuka kepada semua lapisan masyarakat bagi memberi kesedaran betapa bahayanya keadaan penyu sekarang yang semakin terancam oleh pelbagai pihak dan keadaan.

14. Pusat Sains Kreativiti Terengganu

Pusat Sains Kreativiti Terengganu telah dilancarkan secara rasmi pada 22 Mac 2005 oleh Y.A.B Menteri Besar Terengganu dan merupakan salah sebuah agensi kerajaan Negeri Terengganu yang dulunya beroperasi di bangunan Pusat Dagangan Terengganu dan pada 2 April 2016, PSKT telah berpindah ke bangunan baru yang terletak di Kampung Laut, Chendering, Kuala Terengganu.  

Pusat Sains Kreativiti Terengganu ini memperkenalkan pelbagai info dan ilmu yang ada kaitannya dengan ilmu sains. Pelbagai replika dan aktiviti ada di situ sesuai dengan info yang ingin disampikan termasuklah barupa dinosaur dan lain-lain lagi.

Sememangnya boleh menarik minat si pengunjung termasuk kanak-kanak dan si cilik. Selain daripada itu turut dipersembahkan tayangan 3D berkaitan alam semesta.

15. Tasik Kenyir

Tasik Kenyir sememangnya sudah tidak asing lagi di kalangan penduduk setempat mahupun pelancong luar kerana Tasik Kenyir ini adalah amat unik hingga mampu di angkat sebagai salah satu tempat yang amat istimewa di Terengganu.

Jika dulu Tasik Kenyir ini hanya di kunjungi oleh kati-kaki joran namun sekarang ia sudah boleh di jadikan sebagai salah satu destinasi untuk bercuti dengan riang bersama keluarga. Apa tidaknya, di sana telah terdapat rumah-rumah rakit yang amat cantik dan selesa untuk anda dan keluarga bermalam beramai-ramai di atas permukaan tasik sambil ditemani bunyi unggas dan taburan bintang. Selain daripada boleh memancing dari atas rumah rakit tersebut, anda juga boleh meminta si tukang masak untuk menyediakan menu yang bersesuaian dengan hasil tangkapan anda. Nak lebih seronok, berBBQ beramai-ramai.

Selain daripada itu anda juga akan di bawa ke air terjun dan pusat pemuliharaan ikan kelah. Pendek kata anda bukan akan berada di atas rumah rakit saja semata-mata malah dapat meneroka tempat lain yang indah terpelihara yang ada terdapat di sekitar tasik tersebut. Ingat Tasik Kenyir, ingat Terengganu!

Itulah dia antara 15 tempat menarik yang boleh di nikmati dengan riang bersama keluarga. Jika anda masih lagi belum membuat keputusan ingin melancong ke mana, apakata masukkan Terengganu ke dalam senarai anda sebagai salah satu negeri yang patut anda lawati.

Dapatkan Allianz Travel Care dari PolicyStreet HARI INI!

Oleh itu, ke mana anda hendak pergi bercuti di sekitar Terengganu? Tetapi sebelum itu, jangan lupa untuk dapatkan Allianz Travel Insurance supaya anda memilikinya! Ini adalah pilihan kami apabila anda bertanya soalan “ke mana hendak pergi di sekitar Terengganu”. Persediaan adalah kunci untuk perjalanan yang bebas tekanan di mana-mana perjalanan mahupun dalam negara ataupun di luar negara.

12 Tempat Menarik Di Negeri Sembilan Untuk Anda Meneroka Lebih Lagi

Insurans perjalanan yang terdapat di laman web kami, Allianz Travel Care direka khas untuk memberikan anda dan keluarga anda perlindungan yang anda perlukan untuk ketenangan fikiran sepanjang penginapan anda sepanjang percutian di Malaysia. Semak dan selamat bercuti!